Minggu, 11 Oktober 2015

Trade Kepahaman U

TRADE KEFAHAMAN BENTUK MARKET U (TK U)

Objective Pembelajaran
1. Dapat mengenali bentuk market Trade Kefahaman U Type 1 dan Type 2
2. Dapat mengetahui bentuk market Trade Kefahaman U yang kukuh dan berisiko
3. Dapat mengetahui cara menggunakan Trade Kefahaman U semasa trading.
Bentuk Market dan Jenis TK U
Trade Kefahaman U (TK U) ialah satu kefahaman bentuk market yang memberi isyarat
sesuatu perjalanan yang baru akan bermula atau dipanggil Awal Perjalanan. Oleh itu TK U
ialah satu kefahaman tentang bentuk market yang dijangka memulakan perjalanan yang
baru yang berlawanan dengan arah perjalanan sebelumnya yang juga panggil perjalanan
putar arah. Lazimnya TK U adalah mudah terbentuk apabila market berada di dalam Port
atau semasa perjalanan Repair. TK U juga boleh juga terbentuk di dalam sideway market.
TK U mempunyai 2 jenis (type) atau bentuk.

1. TK U Bentuk/Type 1 (Contoh TK U type 1 )
Bentuk market TK U ialah:
i. Market mempunyai perjalanan yang jelas samada dalam bentuk menaik atau
menurun yang diakhiri dengan candle sifat
ii. Kemudian selepas candle sifat, tanpa adanya Laut Tenang, tiba-tiba market
membalas perjalanan yang sedang berlaku dengan satu candle songsang yang
bersaiz besar.
Tidak ada penetapan saiz bagi candle songsang untuk diguna pakai sebagai candle
songsang yang valid. Bentuk TK U Type 1 hampir menyerupai bentuk market Smart
Trade 3 (ST3).

- Contoh TK U type 1 


2. TK U Bentuk/Type 2 (Contoh TK U type 2  )
Bentuk market TK U ialah:
i. Market mempunyai perjalanan yang jelas samada dalam bentuk menaik atau
menurun yang diakhiri dengan candle sifat
ii. Selepas candle sifat, market membentu satu candle kecil
iii. Selepas candle kecil, tiba-tiba market membalas perjalanan yang sedang
berlaku dengan satu candle songsang yang bersaiz besar.
Entry untuk TK U dibuat selepas candle songsang close mengikut arah candle
songsang. Jika saiz candle songsang itu adalah luar biasa besar saiznya, maka
bentuk market itu mungkin menjadi HHJ TK U Dominan iaitu salah satu bentuk
market luar biasa sebagai isyarat Awal perjalanan market yang bergerak satu arah
atau juga dipanggil Awal perjalanan HHT. Perjalanan market yang bermula dengan
HHJ TK U dan disambung dengan bentuk market luar biasa yang lain seperti HHJ
Laut Tenang mungkin menyebabkan market exit Port seperti yang ditunjukkan oleh
Rajah 3

- Contoh TK U type 2 



 - Contoh 3 HHJ TK U Dominan


 TK U yang kukuh
TK U lazimnya mudah terbentuk atau kukuh dengan gabungan daripada perkara-perkara
di bawah:
i. Market berada di port
ii. Saiz candle songsang mengatasi saiz candle sifat
iii. Perjalanan sebelum berputar arah dihalang atau berakhir berhampiran dengan
support TBST seperti di low atau high Port, HH1 high atau HH1 low, Zon B Buy
atau Zon B Sell, Zon A dan Laut Tenang
iv. Kedududukan TK U arah Buy ialah di low Port, HH1 low dan Zon B Buy atau TK
U arah Sell ialah di high Port, HH1 high dan Zon B Sell
v. Perjalanan menaik atau menurun sebelum TK U adalah berbentuk TK J atau TK
Z.
vi. Perjalanan menaik atau menurun telah mencapai volume maksimum yang lazim
berulang pada masa sekarang
TK U lazimnya tidak berfungsi atau berisiko apabila
i. Perjalanan menaik atau menurun tidak diakhiri dengan candle Sifat
ii. Perjalanan market tidak jelas atau market tidak ada arah
iii. Arah TK U berlawanan dengan arah exit Port
iv. Arah TK U berlawanan dengan arah market bergerak kuat dalam satu arah.
v. Arah TK U berlawanan dengan arah HHJ yang baru bermula
vi. Volume Perjalanan belum mencapai volume maksimum yang lazimnya berulang
pada masa sekarang.
vii.Candle songsang berhenti atau dihalang oleh support-support TBST seperti HH1
high and Low, Zon B Buy dan Sell, Zon A dan kawasan Laut Tenang
Penggunaan TK U semasa Trading
Semasa trading, arah yang diberikan oleh TK U sepatutnya disokong dengan
menggabungkannya dengan elemen-elemen penting TBST seperti di bawah:
1. Status Market
TK U lazimnya mudah terbentuk atau valid jika market berada dalam Port (Market
Putar Arah) dan di akhir perjalanan market Repair bagi market Exit Port (Market
Satu Arah)
2. Arah dan kedudukan entry sepatutnya mengikut arah HH1
a. Jika market Dalam Port, entry Buy di low Port , HH1 Low atau Zon B buy
b. Jika market Dalam Port, entry Sell di high Port, HH1 High atau Zon B Sell
c. Jika arah exit Port ialah Buy, entry Buy di Low market repair
d. Jika arah exit Port ialah Sell, entry Sell di high market repair
3. Terdapat halangan atau rejection dari support-suport TBST seperti
a. High Port dan Low Port
b. HH1 High dan HH1 Low
c. Zon B Buy dan Zon B Sell
d. Kawasan Laut Tenang yang berdekatan
 e. Zon A hari ini atau semalam
4. Volume perjalanan telah mencapai volume maksimum yang lazimnya berulang
a. Jika market dalam Port, volume perjalanan Awal dan Akhir di dalam port yang
lazimnya berulang pada masa sekarang telah dicapai.
b. Jika market exit Port, volume perjalanan market Repair yang lazimnya berulang
pada masa sekarang telah dicapai

- Contoh TK U Kukuh/Solid


- Contoh TK U Batal/Beresiko


 Contoh-contoh TK U
1. Jam 10am 10 Disember
2. Jam 9am 9 Disember
3. Jam 9pm 2 Disember
4. Jam 10pm 1 Disember
5. Jam 6pm 28 November
6. Jam 8pm 26 November
7. Jam 8am 25 November
8. Jam 8am 17 November
9. Jam 9am 14 November TK U tidak berfungsi
10. Jam 6pm 12 November
11. Jam 9pm 7 November
12. Jam 12am 4 November
13. Jam 6pm 27 Oktober
14. Jam 1pm 20 Oktober
15. Jam 3pm 15 Oktober
16. Jam 9pm 3 Oktober TK U tidak berfungsi
17. Jam 12am 3 Oktober
18. Jam 9am 26 September
19. Jam 8am 25 September
20. Jam 4pm 23 September
21. Jam 6pm 22 September
22. Jam 3pm 18 September TK U tidak berfungsi
23. Jam 3am 18 Septermber TK U tidak berfungsi
24. Jam 7pm 28 Ogos
25. Jam 10am 22 Ogos
26. Jam 12am 16 Ogos
27. Jam 10pm 14 Ogos
28. Jam 5pm 14 Ogos
29. Jam 3pm 7 Ogos
30. Jam 4pm 25 Julai.

- nonton video bisa di sini


2 komentar:

  1. Terimakasih Abang.. Telah membantu pemahaman kami dlm belajar TBST.

    BalasHapus
  2. Terimakasih mas menjadi perantara saya belajar tbst... Semoga ditambahkan Nya ilmu dan pemahaman dari sini..

    BalasHapus