Selasa, 06 Oktober 2015

Trade Kepahaman M

TRADE KEFAHAMAN BENTUK MARKET MERATA ATAU M (TK M)

Objectif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kita sepatutnya dapat;
1. mengenali bentuk market Trade Kefahaman M
2. mengetahui bentuk market Trade Kefahaman M yang kukuh dan berisiko
3. mengetahui cara menggunakan Trade Kefahaman M di dalam trading.

Bentuk Market TK M
TK Merata atau TK M ialah satu kefahaman bentuk market yang memberi isyarat atau
petunjuk kepada kita bahawa sesuatu perjalanan yang sedang berlaku akan berputar
arah. Oleh itu TK M adalah satu bentuk market yang memberikan kita kefahaman tentang
Awal Perjalanan. Di dalam TBST, bentuk Awal perjalanan akan lebih mudah dikenali jika
market terlebih dahulu telah membentuk Akhir perjalanan yang jelas seperti bentuk
market TK J dan TK Z.

TK M adalah sesuai atau selalunya berfungsi dengan baik apabila market berada di dalam
port atau semasa dalam perjalanan repair. Sebaliknya jika market exit port, TK M dikira
berisiko dan lazimnya tidak berfungsi jika arah dari TK M berlawanan dengan arah market
exit port.

Bentuk market TK M mempunyai 3 turutan, iaitu:
1. Market bergerak dengan perjalanan menaik atau menurun yang jelas dengan
diakhiri oleh candle besar sebagai candle sifat.
2. Selepas candle sifat, market berubah kepada bentuk Laut Tenang merata sekurangkurangnya
3 jam. Laut Tenang selama 2 jam juga boleh juga boleh membentuk TKM, tetapi haruslah dipertimbangkan dengan hati-hati dan memerlukan pengukuhan
dari asas-asas TBST yang lain.
3. Selepas Laut Tenang, market membentuk satu candle yang lebih dominan
berbanding candle-candle di Laut Tenang dalam arah yang berlawanan dengan
perjalanan yang sedang berlaku dan close melepasi kawasan Laut Tenang. Candle
ini kita panggil candle Songsang yang menunjukkan arah perjalanan yang akan
berlaku.

Selepas candle Songsang close, kita boleh melakukan entry atau masok market mengikut
arah candle Songsang.








TK M yang Kukuh/Solid
TK M lazimnya berfungsi dengan baik atau kukuh dengan gabungan daripada asas-asas
penting TBST seperti di bawah:
1. Perjalanan market berada dalam port atau berstatus putar arah
2. Perjalanan market adalah jelas dan berakhir dengan candle sifat
3. Terdapat rejection di Laut Tenang yang sama arah dengan TK M
4. Arah market yang diberikan oleh TK M sama dengan arah market HH1 atau arah
market exit port
5. Apabila market dalam port, arah TK M adalah Buy di low port atau Sell di high port
6. TK M berlaku di akhir perjalanan market repair sebelum meneruskan perjalanan
dalam arah exit Port
7. Perjalanan market berhenti atau dihalang oleh support TBST seperti HH1 low dan
high , Zon B, Zon A atau kawasan Laut Tenang
8. Volume perjalanan menaik atau menurun mencapai atau melepasi volume
maksimum yang lazim berulang
9. Pada stesen masa pertukaran perjalanan yang utama seperti awal TO, awal LO,
awal UO, dan akhir UO

TK M yang Berisiko
TK M lazimnya tidak berfungsi atau berisiko apabila terdapat gabungan daripada perkaraperkara
asas TBST seperti di bawah:
1. Perjalanan market tidak jelas
2. Perjalanan market tidak berakhir dengan candle Sifat
3. Arah yang diberikan TK M adalah berlawanan arah HH1 atau arah market exit port
4. Arah yang diberikan TK M adalah berlawanan arah market yang bergerak kuat satu
arah
5. Arah TK M berlawanan dengan arah HHJ Laut tenang yang yang baru bermula
6. Volume perjalanan belum mencapai volume maksimum yang lazimnya berulang
pada masa sekarang
7. Tidak ada support-support TBST seperti HH1 high dan Low, Zon B Buy dan Sell,
Zon A atau support Laut Tenang yang menghalang perjalanan yang sedang berlaku

Penggunaan TK M di dalam Trading
Semasa trading, arah yang diberikan oleh TK M sepatutnya disokong dengan
menggabungkannya dengan asas-asas penting TBST seperti di bawah:
1. Status Market
TK M lazimnya berfungsi dengan baik jika market berada dalam port (Market Putar
Arah) dan di akhir perjalanan market Repair bagi market Exit port (Market Satu
Arah)
2. Arah dan kedudukan entry sepatutnya mengikut arah HH1
a. Jika market dalam port, entry Buy di low Port , HH1 Low atau Zon B Buy
b. Jika market dalam port, entry Sell di high Port, HH1 High atau Zon B Sell
c. Jika market exit port arah Buy, entry Buy di low perjalanan market repair
d. Jika market exit port sell Sell, entry Sell di high perjalanan market repair
3. Terdapat halangan atau rejection dari support-suport TBST seperti
a. High port dan Low port
b. HH1 High dan HH1 Low
c. Zon B Buy dan Zon B Sell
d. Kawasan laut tenang yang berdekatan
e. Zon A hari ini atau semalam
4. Volume perjalanan telah mencapai volume maksimum yang lazimnya berulang
a. Jika market dalam port, volume perjalanan Awal dan Akhir di dalam port yang
lazimnya berulang pada masa sekarang telah dicapai.
b. Jika market exit port, volume perjalanan market Repair yang lazimnya berulang
pada masa sekarang telah dicapai
5. Masa TK M berlaku adalah pada stesen masa pertukaran perjalanan yang utama
seperti pada awal TO, awal LO dan awal UO yang lazimnya candle besar akan
muncul.

- Contoh TK M Kukuh/Solid










- Contoh TK M Beresiko



Contoh-contoh lain TK M ialah seperti di bawah
1. Jam 6 petang 13 Feb 2015
2. Jam 2 pagi 13 Feb 2015
3. Jam 2 petang 19 Jan 2015
4. Jam 4 petang 15 Jan 2015
5. Jam 11 malam 14 Jan 2015
6. Jam 3 petang 24 Dis 2014
7. Jam 11 pagi 22 Dis 2014
8. Jam 10 malam 3 Dis 2014
9. Jam 4 petang 25 Nov 2014
10.Jam 5 pagi 18 Nov 2014
11.Jam 9 malam 4 Nov 2014
12.Jam 9 malam 30 Okt 2014
13.Jam 2 petang 24 Okt 2014
14.Jam 3 petang 17 Okt 2014
15.Jam 9 malam 16 Okt 2014
16.Jam 12 tengah hari 7 Okt 2014
17.Jam 2 petang 3 Okt 2014
18.Jam 3 petang 1 Okt 2014
19.Jam 3 Sept 2014
20.Jam 9 malam 12 Ogos 2014

-  kalo Males Baca bisa nonton Videonya disini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar