Selasa, 06 Oktober 2015

Trade Kepahaman L


 TRADE KEFAHAMAN BENTUK MARKET L (TK L)
 
Objective Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, kita sepatutnya dapat;
1. mengenali bentuk market Trade Kefahaman L
2. mengetahui bentuk market Trade Kefahaman L yang kukuh dan berisiko
3. mengetahui cara menggunakan Trade Kefahaman L di dalam trading.

Bentuk Market TK L
TK L ialah satu kefahaman bentuk market yang memberi isyarat kepada kita bahawa
sesuatu perjalanan yang sedang berlaku akan bertukar arah. Oleh itu TK L adalah satu
bentuk market yang memberikan kita kefahaman tentang Awal Perjalanan. TK L sesuai
atau selalunya berfungsi dengan baik apabila market berada di dalam port atau semasa
dalam perjalanan repair. Sebaliknya jika market exit port, TK L dikira berisiko dan lazimnya
tidak berfungsi. TK L ialah satu bentuk market yang jarang-jarang berlaku.
Bentuk market TK L ialah:

1. Market mengalami perjalanan menaik atau menurun yang jelas dengan diakhiri oleh
candle besar sebagai candle sifat.
2. Selepas candle sifat, market berubah kepada bentuk Laut Tenang merata.
3. Selepas terbentuknya laut tenang, terdapat satu candle yang pura-pura keluar dari
kawasan laut tenang dalam arah yang sama dengan perjalanan sebelumnya.
Candle ini dipanggil candle trick.
4. Selepas candle trick, market membalas candle trick dengan candle yang lebih
dominan dalam arah yang berlawanan dengan perjalanan yang sedang berlaku dan
 close melepasi kawasan Laut Tenang. Candle ini kita panggil candle Arah atau
candle Songsang.

Selepas candle Songsang close, kita boleh melakukan entry atau masok market mengikut
arah candle Songsang. TK L lazimnya berfungsi dengan baik apabila market berada dalam
port dan pada masa market aktif seperti di awal LO dan awal UO dan apabila perjalanan
telah mencapai volume yang lazimnya berulang .

 - Contoh TK L




 - Contoh TK L dalam perjalanan Repair

 TK L yang kukuh
TK L lazimnya berfungsi dengan baik atau kukuh dengan gabungan daripada asas-asas
penting TBST seperti di bawah:
1. Perjalanan market berada dalam port atau berstatus putar arah
2. Perjalanan market adalah jelas dan berakhir dengan candle sifat
3. Candle trick berbentuk rejection yang kuat
4. Arah market yang diberikan oleh TK L sama dengan arah market HH1 atau arah
market exit port
5. Apabila market di port, Arah TK L adalah Buy di low port atau Sell di high port
6. TK L berlaku di akhir perjalanan market repair
7. Perjalanan market berhenti atau dihalang oleh support TBST seperti hh1 low dan
high , Zon B, Zon A atau kawasan Laut Tenang
8. Volume menaik atau menurun mencapai atau melepasi volume maksimum yang
lazim berulang
9. Pada stesen masa pertukaran perjalanan yang utama seperti awal LO dan awal UO
yang lazimnya candle besar muncul.

TK L yang Berisiko
TK L lazimnya tidak berfungsi atau berisiko apabila terdapat gabungan daripada perkaraperkara
asas TBST seperti di bawah:
1. Perjalanan market tidak jelas
2. Perjalanan market tidak berakhir dengan candle Sifat
3. Arah yang diberikan TK L adalah berlawanan arah HH1 atau arah perjalanan HHT
4. Arah yang diberikan TK L adalah berlawanan arah market exit port
5. Arah yang diberikan TK L adalah berlawanan arah market yang bergerak kuat satu
arah
6. Arah TK L berlawanan dengan arah HHJ Laut tenang yang yang baru bermula
7. Volume perjalanan belum mencapai volume maksimum yang lazimnya berulang
pada masa sekarang
8. Tidak ada support-support TBST seperti HH1 high dan Low, Zon B Buy dan Sell,
Zon A atau support Laut Tenang yang menghalang perjalanan yang sedang berlaku

 Penggunaan TK L di dalam Trading
Semasa trading, arah yang diberikan oleh TK L sepatutnya disokong dengan
menggabungkannya dengan asas-asas penting TBST seperti di bawah:
1. Status Market
TK L lazimnya berfungsi jika market berada dalam port (Market Putar Arah) dan di
akhir perjalanan market Repair bagi market Exit port (Market Satu Arah)
2. Arah dan kedudukan entry sepatutnya mengikut arah HH1
a. Jika market Dalam port, entry Buy di low Port , HH1 Low atau Zon B Buy
b. Jika market Dalam port, entry Sell di high Port, HH1 High atau Zon B Sell
c. Jika arah exit port ialah Buy, entry Buy di low perjalanan market repair
d. Jika arah exit port ialah Sell, entry Sell di high perjalanan market repair
3. Terdapat halangan atau rejection dari support-suport TBST seperti
a. High port dan Low port
b. HH1 High dan HH1 Low
c. Zon B Buy dan Zon B Sell
d. Kawasan laut tenang yang berdekatan
e. Zon A hari ini atau semalam
4. Volume perjalanan telah mencapai volume maksimum yang lazimnya berulang
a. Jika market dalam Port, volume perjalanan Awal dan Akhir di dalam port yang
lazimnya berulang pada masa sekarang telah dicapai.
b. Jika market exit Port, volume perjalanan market Repair yang lazimnya berulang
pada masa sekarang telah dicapai
5. Masa TK L berlaku adalah pada stesen masa pertukaran perjalanan yang utama
seperti pada awal LO dan awal UO yang lazimnya candle besar muncul.

- Contoh TK L kukuh/solid



 
 - yang males baca bisa nonton

Tidak ada komentar:

Posting Komentar